Perjalanan dari Sydney ke KLIA mengambil masa 8 jam 50 minit. Alhamdulillah perjalanan sangat smooth. Sampai di KLIA pada pukul 5:10 AM waktu Malaysia.
Sesampai di Airport, ada beberapa langkah2 yang harus dipatuhi dan agak mengambil masa. Fizz ambil masa dalam 3-4 jam juga untuk selesaikan urusan di Airport sebelum bergerak ke Hotel untuk dikuarantin.
1) Check-In MySejahtera
Sesampai je di Airport, ada pegawai yang akan tunggu untuk bantu dalam urusan check-in Mysejahtera. Masa ni kene connect internet di airport & check-in by scan QR code dan isi macam2 soalan jugak di app mysejahtera tu. Selepas selesai check-in, bergerak ke stesen strusnya dengan menaiki Airport Rail link memandangkan a bit jauh.
2) Consultation for Quarantine
Turun dari train, kita akan bergerak ke kaunter arrival dan seterusnya ada pegawai akan tunggu dan suruh kita beratur untuk consultation samada kita kuarantin di hotel atau rumah dan sebagainya. Selalunya yang kuarantin di rumah perlu ada surat permohonan yang telah disahkan untuk kuarantin di rumah sebelum fly balik ke Malaysia. Semasa di kaunter ni, dia perlukan dokumen2 di bawah dan masa dekat kaunter ni jugak dia akan pakaikan gelang putih untuk kuarantin & menandakan balik dari luar negara.
-Passport
-Result PCR Test
-E-Ticket
-Surat Approval kuarantin di rumah (jika ada)
3) PCR Swab Test
Seterusnya kene buat PCR test. Macam biasa dia akan ambil sample dalam hidung dan di tekak. Masa ni tuhan saja yang tahu betapa sakitnya. Walaupun dah buat beberapa kali sebelum ni. Still rasa ni paling sakit.
4) Kaunter Bayaran
Lepas swab test, ke kaunter pembayaran untuk swab test pula. Memandangkan Fizz student di Sydney dan merupakan kali pertama pulang ke Malaysia semasa pandemik, dapatlah pengecualian pembayaran dengan syarat tunjuk kad student. Kalau tidak, pembayaran untuk swab test di KLIA seperti di bawah.
5) Urusan Hotel/ Home Quarantine
Selesai pembayaran, ke kaunter seterusnya dan scan QR code lagi untuk urusan hotel. Semasa booking ni boleh lah daftar nama untuk standard package atau premium package. Untuk Fizz, Fizz ambil standard package sahaja.
Standard Package
- Hotel ditentukan oleh kerajaan
- RM150 sehari
- Pengangkutan ke Hotel percuma dengan menaiki bas yang disediakan
Premium Package
- Perlu buat tempahan awal sendiri dengan pihak hotel yang disenaraikan untuk premium package kuarantin
- Harga mengikut harga ditentukan pihak hotel
- Pengangkutan ditetapkan dan diaturkan oleh pihak Hotel
6) Pengangkutan ke Hotel/ Home
Untuk stesen yang terakhir, kita perlu inform kepada pegawai samada kita kuarantin di rumah atau di hotel. Buat yang dapat perlepasan untuk kuarantin di rumah, driver/penjaga yang akan pickup di airport perlu daftar di kaunter di arrival, baru passenger boleh dilepaskan untuk keluar dari airport. Buat yang kuarantin di hotel, perlu duduk di ruang menunggu untuk tunggu bas sampai. Bergantung nasib juga tunggu berapa lama sebab nak tunggu sampai passenger cukup2 untuk naik bas.
Masa ni Fizz tunggu lama juga dekat sejam sebelum boleh ambil luggage dan bergerak ke pintu keluar arrival dan menaiki bas. Memandangkan masa Fizz balik tak banyak flight sampai dan passenger pun sikit je, so kami naik coach sahaja yang boleh muat dalam 10 ke belas orang sahaja. Kami dibawa ke hotel untuk dikuarantin dan mengambil masa dalam 40 minit ke sejam juga. Sepanjang perjalanan kami masih tidak tahu akan dibawa ke hotel mana pun untuk kuarantin. Sampailah kami tiba di hotel tersebut. Untuk Fizz, Fizz dapat hotel Grand Millenium yang bertempat di Bukit Bintang.
Setelah tiba di Hotel, perlu buat pendaftaran. Semasa pendaftaran, perlukan passport dan pembayaran harus dilakukan. Memandangkan Fizz pelajar tajaan MARA, kos kuarantin ditanggung oleh pihak MARA dan hanya perlu menunjukkan surat perlepasan bayaran. Manakala untuk passenger yang lain, kene buat pembayaran penuh atau deposit kepada pihak hotel semasa pendaftaran. Jadi, make sure sediakan kad kredit atau cash untuk buat pembayaran semasa check-in hotel.
- RM150 sehari untuk standard package
- Lagi RM150 (warganegara)/ RM250 (bukan warganegara) untuk PCR Test di Hotel pada hari ke 11 kuarantin
Seusai pendaftaran, bermulalah kuarantin selama 14 hari di hotel. Pengalaman kuarantin pula Fizz akan share di post seterusnya. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu bagi mereka yang mahu pulang ke Malaysia semasa pandemik.